Ya Allah , jagalah sahabat-sahabatku dikala penjagaanku tidak sampai kepada mereka . Sayangilah mereka dikala rasa sayangku tidak mampu merangkulnya dalam dakapan yang nyata . Perhatikan mereka dikala perhatianku tidak terangkum dalam kata yang sahaja . Kerana Engkau punya segala yang aku tak punya Ya Allah . Kerana aku ingin mereka selalu menjadi sahabatku di dunia dan harap bertemunya di SyurgaMu Ya Allah . Amiin ..
Kepada sahabat-sahabat yang aku sayangi . Sesungguhnya diri ini banyak kelemahan , banyak kekurangan . Tanpa sokongan serta nasihat yang tidak putus-putus dari kalian , diri ini akan terus hanyut ditipu permainan dunia serta lupa kehidupan kekal di Akhirat . Terima kasih di atas segalanya . Hanya Allah sahaja yang mampu membalas segala jasa baik kalian . Semoga Ukhuwah kita diberkati , diredhai dan dirahmati serta kekal selamanya hingga ke Akhirat . Sesungguhnya diri ini beruntung mempunyai sahabat sejati yang sama-sama berjuang mencari keredhaanNya .
UHIBBUKUM FILLAH .


No comments:
Post a Comment